Saturday 21 May 2011

JOM SERBU AIRASIA

Petang tadi, hujan lebat dengan ribut, guruh dan petir.  Tak tahu nak buat apa, baca balik saja suratkabar.  Sekali suami bersorak kuat.  Terperanjat dibuatnya.

Rupanya dia nampak dalam suratkabar tu kenyataan bahawa AirAsia akan adakan promosi besar-besaran, dan tiket akan ditawarkan berharga serendah 10 sen.  Siapa nak percaya?

Semuapun ikut baca.  Memang betul!  Tawaran akan bermula pada hari Isnin nanti selama seminggu.

Jadi mari kawan-kawan kita serbu AirAsia untuk terbang ke destinasi pilihan bercuti bersama keluarga.  Walaupun tarikh pemergian lambat lagi, kita tak rasa sangat beban belanjanya tu.

Monday 9 May 2011

KURSUS HUJUNG MINGGU

Sekarang ni kakitangan bersilih ganti dihantar berkursus.  Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan prestasi pekerja.

Bila pergi ke kursus, apa yang yang diajar adalah ethika sewaktu di majlis-majlis resmi.  Antaranya adalah cara membawa diri di majlis dan cara-cara makan di meja.

Memang semua peserta kali ini adalah perempuan.  Tapi kami semua asyik berjenaka tentang apa hubungannya ethika yang di ajar dengan prestasi kerja.

Bila diajukan soalan itu kepada penceramah khas dan pakar motivasi, mereka hanya menjawap ini dimasukkan dalam modul latihan.  Tidak terjawaplah maknanya.  Macam-macam hal!

Monday 2 May 2011

HIDANGAN KAMPUNG

Orang pergi bercuti sana sini, atau keluar makan-makan bersama keluarga.  Tapi kami semua hanya pergi ke kebun melihat pokok tanaman.  Di tepi cerun dekat sungai terdapat pokok paku.  Banyak juga pucuknya.  Jadi kami pun ambil dan bawa pulang.



Hari ini saya buat kerabu paku.  Memang sedap kerana bahan-bahan semuanya segar, termasuk pucuk paku.

Menu tengahari ini semuanya ala kampung saja.  Masak nasi putih, dadar telur, tumbuk sambal, dan goreng ikan masin.  Semua anak-beranak makan hingga kehabisan nasi!