Sekarang ni kakitangan bersilih ganti dihantar berkursus. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan prestasi pekerja.
Bila pergi ke kursus, apa yang yang diajar adalah ethika sewaktu di majlis-majlis resmi. Antaranya adalah cara membawa diri di majlis dan cara-cara makan di meja.
Memang semua peserta kali ini adalah perempuan. Tapi kami semua asyik berjenaka tentang apa hubungannya ethika yang di ajar dengan prestasi kerja.
Bila diajukan soalan itu kepada penceramah khas dan pakar motivasi, mereka hanya menjawap ini dimasukkan dalam modul latihan. Tidak terjawaplah maknanya. Macam-macam hal!
7 comments:
Prestasi lebih berstyle. Alhamdulillah dpt ke course mcm tu.
Salam Isara.
Gitu ya .. untuk jadi suri lebih cemerlang juga tu!
Salam Isara.
Dah ada allocation lebih la tu!
Salam Sara.
Ish3x. Gitu pulak dah!
macam2 la!
Aslmkm.
Hmmm. Kak G juga kurang mengerti apa kaitannya.
Salam.
Tq kerana follow saya. Saya follow balik.
Lagi macam2 hal dengan Blogger!
Post a Comment