Wednesday 27 April 2011

HAMPIR SEMINGGU BZ

Cepatnya masa berjalan.  Tap-tup sudah hampir seminggu tak bercerita di Maya.  Sibuk kerana banyak urusan pula.

Agaknya inilah sebabnya ramai juga bloggers yang jarang update blog masing-masing.  Macam saya minggu ni, jengah sekejap-kejap saja.

Friday 22 April 2011

LELAKI PUN SIBUK TAK SOLAT

Hari ni kan hari Jumaat.  Biasalah waktu rehat tengahari banyak warga kerja perempuan yang pergi berpeleseran di kompleks membeli-belah atau di tempat-tempat jualan.

Waktu di Jalan Masjid India, terserempak dengan sebilangan lelaki Melayu.  Rupanya ramai lelaki pun ikut sibuk meninjau sana sini juga.  Maksudnya lelaki Melayu Islam.

Kedai-kedai emas kepunyaan India Islam pun tutup kerana pekerjanya pergi solat Jumaat.  Tetapi Melayu Islam yang sihat ramai tak pergi mengerjakan solat wajip ini.  Apa nak jadi?

Tuesday 19 April 2011

BANYAK MENCARI DUIT NAMPAKNYA

Hampir seminggu ini, saya meninjau dan jalan-jalan.  Aduh majoriti blogger memang menggunakan saluran untuk mencari duit.

Macam mana nak mencari kawan untuk berbicara, bertukar-tukar fikiran?  Susah juga nampaknya.

Thursday 14 April 2011

AKHIRNYA JADI BLOGGER

Susah juga rupanya untuk daftar jadi blogger.  Mungkin juga saya tidak cekap dan teliti.

Sebenarnya saya sudah lama teringin nak daftar.  Tetapi asyik tertunda kerana tidak begitu yakin samaada benar-benar mahu jadi blogger ataupun tidak.