Sunday 2 October 2011

TAK KE MAYA

Masa berjalan terus.  Kita juga yang ketinggalan.  Sedar-sedar sudah habis pun bulan Raya.  Malah dah melewati penghujung September juga.  Kini dah masuk bulan Oktober.

Oleh kerana jadual agak ketat, dan sering pula keletihan, sepanjang masa tu jarang-jarang dapat lepak di sini.  Malah akhir-akhir ni, lupa pula nak ke Maya.

Aduh!  Macam mana la orang sempat buat beberapa N3 sehari?

Tuesday 6 September 2011

SELAMAT HARI RAYA

Beberapa hari sebelum Raya, kita orang sudah pun balik kampung.  Selepas beraya di kampung, barulah balik semula ke rumah sendiri.

Walaupun tak buat open house, saudara dan sahabat handai ramai pula datang beraya.  Sibuk sampai ke hujung minggu.

Biarpun sudah seminggu, kira masih lagi bulan raya Syawal.  Jadi buat jugalah N3 Hari Raya ni.
Selamat
Hari Raya
Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday 4 August 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT SEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK
 
Ya, sekarang kita sedang berada di bulan Ramadhan al Mubarak. Semua ibadah telah dijanjikan pahala yang berlipat-ganda.  Hanya tinggal untuk kita manafaatkan dengan sebaik-baiknya saja.
 
Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan. Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.

Friday 15 July 2011

TREND BUJANG TUA

Rupanya banyak pula orang 'single' sana sini. Ingatkan hanya segelintir.  Tapi bila ada jamuan antara jabatan baru-baru ini, ramai kalangan staf yang masih bujang teruna dan dara.

Nak kata tak ada rupa, kebanyakan tu hensem dan lawa.  Mereka-mereka ini kebanyakannya adalah pegawai berlulusan dan berjawatan tinggi.

Macam trend pula 'bujang tua' ni.  Mereka tak kisah pun.

Friday 24 June 2011

KEBAHAGIAAN LEBIH UTAMA

Sebelum kahwin, baik lelaki mahupun perempuan akan berangan-angan tentang ciri-ciri pasangan masing-masing.  Paling tidak, kacak tampan dan cantik lawa mesti termasuk di dalam senarai.

Ada orang yang benar-benar bernasib baik dan mendapat pasangan ideal seperti yang diidamkan.  Tetapi kebanyakan manusia akhirnya berkahwin dengan pasangan yang tidak menepati ciri-ciri ideal.

Ketika lebih matang dewasa, majoriti lebih mementingkan keserasian.  Hakikatnya, kebahagiaan adalah lebih utama.

Monday 6 June 2011

POKAI BALIK KAMPUNG DAN MAKAN KENDURI

Baru balik kampung dan pergi makan kenduri, sekarang sudah pokai la.  Aduh!    Pokai sudah ni!

Baru seminggu ke dalam bulan Jun.  Letih juga memikirkan bagaimana nak cukupkan perbelanjaan hingga ke hujung bulan.

Kata suami, kena lebih berjimat la.