Orang pergi bercuti sana sini, atau keluar makan-makan bersama keluarga. Tapi kami semua hanya pergi ke kebun melihat pokok tanaman. Di tepi cerun dekat sungai terdapat pokok paku. Banyak juga pucuknya. Jadi kami pun ambil dan bawa pulang.
Hari ini saya buat kerabu paku. Memang sedap kerana bahan-bahan semuanya segar, termasuk pucuk paku.
Menu tengahari ini semuanya ala kampung saja. Masak nasi putih, dadar telur, tumbuk sambal, dan goreng ikan masin. Semua anak-beranak makan hingga kehabisan nasi!
9 comments:
Salam Isara.
Saya juga suka masakan pucuk paku.
Aslmkm.
Hmmm, sedap tu! Kak G pun suka.
Salam Isara.
Nampak segar. Tentulah lebih enak tu!
Aslmkm.
Aduh! Sedap ni!
Salam Isara.
Saya pun memang suka.
Salam Isara.
Berselera makan tu!
Salam kenal.
Tq kerana sudi ikut saya. Saya ikut balik.
Salam.
Kat pasar sini mahal giler!
Salam
Sedapnyer kerabu tu..tapi sayangggg..saya tak boleh makan..nanti angin satu badan....
Post a Comment