Saturday 21 May 2011

JOM SERBU AIRASIA

Petang tadi, hujan lebat dengan ribut, guruh dan petir.  Tak tahu nak buat apa, baca balik saja suratkabar.  Sekali suami bersorak kuat.  Terperanjat dibuatnya.

Rupanya dia nampak dalam suratkabar tu kenyataan bahawa AirAsia akan adakan promosi besar-besaran, dan tiket akan ditawarkan berharga serendah 10 sen.  Siapa nak percaya?

Semuapun ikut baca.  Memang betul!  Tawaran akan bermula pada hari Isnin nanti selama seminggu.

Jadi mari kawan-kawan kita serbu AirAsia untuk terbang ke destinasi pilihan bercuti bersama keluarga.  Walaupun tarikh pemergian lambat lagi, kita tak rasa sangat beban belanjanya tu.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Boleh p banyak tempat la nanti!

JJAKA said...

Salam Isara.
Wah! Best tu.
Jom kita tengok dulu!

Wanteh said...

Salam Ajam.
Jom, jom!

Ari said...

Salam Saira.
Banyak kos tambahan lain ada. Tapi boleh juga la.