Orang pergi bercuti sana sini, atau keluar makan-makan bersama keluarga. Tapi kami semua hanya pergi ke kebun melihat pokok tanaman. Di tepi cerun dekat sungai terdapat pokok paku. Banyak juga pucuknya. Jadi kami pun ambil dan bawa pulang.


Hari ini saya buat kerabu paku. Memang sedap kerana bahan-bahan semuanya segar, termasuk pucuk paku.
Menu tengahari ini semuanya ala kampung saja. Masak nasi putih, dadar telur, tumbuk sambal, dan goreng ikan masin. Semua anak-beranak makan hingga kehabisan nasi!