Masa berjalan terus. Kita juga yang ketinggalan. Sedar-sedar sudah habis pun bulan Raya. Malah dah melewati penghujung September juga. Kini dah masuk bulan Oktober.
Oleh kerana jadual agak ketat, dan sering pula keletihan, sepanjang masa tu jarang-jarang dapat lepak di sini. Malah akhir-akhir ni, lupa pula nak ke Maya.
Aduh! Macam mana la orang sempat buat beberapa N3 sehari?
Sunday, 2 October 2011
Tuesday, 6 September 2011
SELAMAT HARI RAYA
Beberapa hari sebelum Raya, kita orang sudah pun balik kampung. Selepas beraya di kampung, barulah balik semula ke rumah sendiri.
Walaupun tak buat open house, saudara dan sahabat handai ramai pula datang beraya. Sibuk sampai ke hujung minggu.
Biarpun sudah seminggu, kira masih lagi bulan raya Syawal. Jadi buat jugalah N3 Hari Raya ni.
Selamat
Hari Raya
Hari Raya
Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN
Thursday, 4 August 2011
SELAMAT MENJALANI IBADAH
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT SEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK
Ya, sekarang kita sedang berada di bulan Ramadhan al Mubarak. Semua ibadah telah dijanjikan pahala yang berlipat-ganda. Hanya tinggal untuk kita manafaatkan dengan sebaik-baiknya saja.
Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan. Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.
Friday, 15 July 2011
TREND BUJANG TUA
Rupanya banyak pula orang 'single' sana sini. Ingatkan hanya segelintir. Tapi bila ada jamuan antara jabatan baru-baru ini, ramai kalangan staf yang masih bujang teruna dan dara.
Nak kata tak ada rupa, kebanyakan tu hensem dan lawa. Mereka-mereka ini kebanyakannya adalah pegawai berlulusan dan berjawatan tinggi.
Macam trend pula 'bujang tua' ni. Mereka tak kisah pun.
Friday, 24 June 2011
KEBAHAGIAAN LEBIH UTAMA
Sebelum kahwin, baik lelaki mahupun perempuan akan berangan-angan tentang ciri-ciri pasangan masing-masing. Paling tidak, kacak tampan dan cantik lawa mesti termasuk di dalam senarai.
Ada orang yang benar-benar bernasib baik dan mendapat pasangan ideal seperti yang diidamkan. Tetapi kebanyakan manusia akhirnya berkahwin dengan pasangan yang tidak menepati ciri-ciri ideal.
Ketika lebih matang dewasa, majoriti lebih mementingkan keserasian. Hakikatnya, kebahagiaan adalah lebih utama.
Monday, 6 June 2011
POKAI BALIK KAMPUNG DAN MAKAN KENDURI
Baru balik kampung dan pergi makan kenduri, sekarang sudah pokai la. Aduh! Pokai sudah ni!
Baru seminggu ke dalam bulan Jun. Letih juga memikirkan bagaimana nak cukupkan perbelanjaan hingga ke hujung bulan.
Kata suami, kena lebih berjimat la.
Saturday, 21 May 2011
JOM SERBU AIRASIA
Petang tadi, hujan lebat dengan ribut, guruh dan petir. Tak tahu nak buat apa, baca balik saja suratkabar. Sekali suami bersorak kuat. Terperanjat dibuatnya.
Rupanya dia nampak dalam suratkabar tu kenyataan bahawa AirAsia akan adakan promosi besar-besaran, dan tiket akan ditawarkan berharga serendah 10 sen. Siapa nak percaya?
Semuapun ikut baca. Memang betul! Tawaran akan bermula pada hari Isnin nanti selama seminggu.
Jadi mari kawan-kawan kita serbu AirAsia untuk terbang ke destinasi pilihan bercuti bersama keluarga. Walaupun tarikh pemergian lambat lagi, kita tak rasa sangat beban belanjanya tu.
Monday, 9 May 2011
KURSUS HUJUNG MINGGU
Sekarang ni kakitangan bersilih ganti dihantar berkursus. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan prestasi pekerja.
Bila pergi ke kursus, apa yang yang diajar adalah ethika sewaktu di majlis-majlis resmi. Antaranya adalah cara membawa diri di majlis dan cara-cara makan di meja.
Memang semua peserta kali ini adalah perempuan. Tapi kami semua asyik berjenaka tentang apa hubungannya ethika yang di ajar dengan prestasi kerja.
Bila diajukan soalan itu kepada penceramah khas dan pakar motivasi, mereka hanya menjawap ini dimasukkan dalam modul latihan. Tidak terjawaplah maknanya. Macam-macam hal!
Monday, 2 May 2011
HIDANGAN KAMPUNG
Orang pergi bercuti sana sini, atau keluar makan-makan bersama keluarga. Tapi kami semua hanya pergi ke kebun melihat pokok tanaman. Di tepi cerun dekat sungai terdapat pokok paku. Banyak juga pucuknya. Jadi kami pun ambil dan bawa pulang.


Hari ini saya buat kerabu paku. Memang sedap kerana bahan-bahan semuanya segar, termasuk pucuk paku.
Menu tengahari ini semuanya ala kampung saja. Masak nasi putih, dadar telur, tumbuk sambal, dan goreng ikan masin. Semua anak-beranak makan hingga kehabisan nasi!
Wednesday, 27 April 2011
HAMPIR SEMINGGU BZ
Cepatnya masa berjalan. Tap-tup sudah hampir seminggu tak bercerita di Maya. Sibuk kerana banyak urusan pula.
Agaknya inilah sebabnya ramai juga bloggers yang jarang update blog masing-masing. Macam saya minggu ni, jengah sekejap-kejap saja.
Friday, 22 April 2011
LELAKI PUN SIBUK TAK SOLAT
Hari ni kan hari Jumaat. Biasalah waktu rehat tengahari banyak warga kerja perempuan yang pergi berpeleseran di kompleks membeli-belah atau di tempat-tempat jualan.
Waktu di Jalan Masjid India, terserempak dengan sebilangan lelaki Melayu. Rupanya ramai lelaki pun ikut sibuk meninjau sana sini juga. Maksudnya lelaki Melayu Islam.
Kedai-kedai emas kepunyaan India Islam pun tutup kerana pekerjanya pergi solat Jumaat. Tetapi Melayu Islam yang sihat ramai tak pergi mengerjakan solat wajip ini. Apa nak jadi?
Tuesday, 19 April 2011
BANYAK MENCARI DUIT NAMPAKNYA
Hampir seminggu ini, saya meninjau dan jalan-jalan. Aduh majoriti blogger memang menggunakan saluran untuk mencari duit.
Macam mana nak mencari kawan untuk berbicara, bertukar-tukar fikiran? Susah juga nampaknya.
Thursday, 14 April 2011
AKHIRNYA JADI BLOGGER
Susah juga rupanya untuk daftar jadi blogger. Mungkin juga saya tidak cekap dan teliti.
Sebenarnya saya sudah lama teringin nak daftar. Tetapi asyik tertunda kerana tidak begitu yakin samaada benar-benar mahu jadi blogger ataupun tidak.
Subscribe to:
Posts (Atom)